BADAN KHAIRAT KEMATIAN MUHAMMAD AL-FATEH, FOREST HEIGHT
Penyertaan Badan Khairat Kematian, Masjid Muhammad Al-Fateh, Forest Heights terbuka kepada semua ahli kariah masjid. Senarai ahli boleh disemak melalui Jawatankuasa Masjid yang telah dilantik.
TERMA DAN SYARAT
- Ahli Biasa Pertubuhan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 60 tahun yang menetap di kariah masjid muhammad Al-Fateh (penduduk kampung/mukim/taman perumahan). Penduduk-penduduk di luar kawasan ini tidak boleh diterima menjadi ahli.
- Ahli Bawah Umur terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 20 tahun yang menetap di kariah masjid muhammad Al-Fateh (penduduk penduduk kampung/mukim/taman perumahan), di mana mereka tidak boleh memegang jawatan atau menjadi pemegang amanah dalam Pertubuhan ini.
- Yuran untuk permohonan baru ialah RM 170.00 meliputi yuran pendaftaran dan tahunan. Yuran pendaftaran keahlian adalah sebanyak RM 50.00 (bayaran sekali sahaja). Keahlian akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.
- Yuran pembaharuan dan tahunan adalah sebanyak RM 120.00 setahun. Sekiranya pembaharuan keahlian tidak dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan, keahlian akan terbatal dan permohonan pendaftaran baru perlu dikemukakan.
- Permohonan dianggap tidak lengkap jika maklumat yang diperlukan tidak diisi dengan lengkap
- Tanggungan terhad kepada suami, isteri, anak-anak yang belum berkahwin dan tinggal bersama, serta ibu bapa dan ibu bapa mertua yang tinggal bersama sahaja, tetapi tidak termasuk anak berusia 18 tahun ke atas yang sudah bekerja.
- Ahli bertanggungjawab mengemas kini maklumat kerana hanya maklumat dalam rekod Badan Khairat Kematian sahaja dianggap sebagai maklumat sah.
- Terma dan syarat adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.
Sekian, terima kasih.
PENTADBIR